oleh: Nor Hayati Aziz (Pusat Ulul Albab)

16 Jun 2022 – Kelab Sahabat Ulul Albab, UPSI mengorak selangkah ke hadapan dengan
menganjurkan Program Menelusuri Keindahan Budaya Islam di Dua Benua dengan kerjasama Pusat
Ulul Albab, Kelab Al-Mursyidin (AMC), Persatuan Pendidikan Islam (PPI), Persatuan Tahfiz Quran
(PTQ) dan Rakan Siswa Yadim (RSY) UPSI telah berlangsung selama dua jam melalui platform
Facebook Live Pusat Ulul Albab UPSI.


Program ini menampilkan panel jemputan yang sangat hebat iaitu Saudara Izra bin Hassan
(Mahasiswa Universiti Al-Azhar Mesir) serta Saudara Wan Ahmad Fadhli bin Wan Abllah Zawawi
(Mahasiswa Korea University). Objektif program ini diadakan adalah untuk menambah ilmu
pengetahuan berkaitan budaya Islam di luar negara serta dapat membezakan gaya hidup di dua
buah negara iaitu Korea dan Mesir.


Menurut panel jemputan pertama iaitu Saudara Wan Ahmad Fadhli, budaya beragama itu sendiri
adalah amat berlainan di luar negara terutamanya di Korea. Hal ini disebabkan kerana hampir
separuh daripada penduduk Korea tidak mempunyai pegangan agama. Beliau menegaskan bahawa
untuk sentiasa berpegang kepada cara pemikiran yang benar agar tidak terpengaruh dengan
ideologi-ideologi yang akan menyesatkan kita daripada agama Islam.


Saudara Izra Hassan, mahasiswa university Al-Azhar, panel jemputan kedua menyatakan budaya
Islam di negara Mesir amat berbeza dengan negara Malaysia. Masyarakat Mesir amat
menitikberatkan soal ilmu pengetahuan dan sentiasa menjadikan kitab Al-Quran sebagai asas
kehidupan mereka. Ini dapat dilihat dengan sikap masyarakat Mesir yang sentiasa membaca dan
menghafal Al-Quran walau di mana-mana sahaja mereka berada.

Tambah beliau lagi, masyarakat Mesir amat mencintai para ulamak dengan sentiasa merujuk pandangan ulamak-ulamak terdahulu. Pengarah Pusat Ulul Albab, Prof. Dr Abdul Halim Ali menegaskan betapa pentingnya mempelajari ilmu dalam kehidupan seharian agar diri sentiasa berada dalam jalan yang lurus dan perkongsian ini merupakan satu usaha dalam membimbing dan mendidik mahasiswa menjadi insan yang berilmu, beramal soleh dan berakhlak mulia.


Program ini mendapat sambutan yang baik daripada mahasiswa dan jumlah tontonan program di
laman Facebook Pusat Ulul Albab UPSI mencecah 110 tontonan. Program ini memberi impak yang
positif kepada mahasiswa dalam mengenali perbezaan gaya hidup di negara luar.


Menurut Penasihat Kelab Sahabat Ulul Albab, Puan Nor Hayati Aziz, perkongsian daripada kedua-dua
panel jemputan terhadap budaya Islam di negara Mesir dan Korea diharap dapat membuka minda
mahasiswa untuk sentiasa berusaha dalam menerapkan budaya Islam yang terbaik di negara
Malaysia yang tercinta ini.

By Mohd Nazirul Afiq Ismail

Unit Media, Bahagian Komunikasi Korporat, Universiti Pendidikan Sultan Idris. Pengarang e-Pena, mantan wartawan berita & rencana Mega Sains Utusan Melayu Malaysia Berhad, wartawan majalah Mastika, URTV, Infiniti. Ghost writer, suka travel dan suka taugeh. Jom menulis untuk e-Pena emelkan ke nazirul.ismail@upsi.edu.my

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial
error

Enjoy this blog? Please spread the word :)