Pencapaian Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) melangkah setapak lagi apabila apabila dimumkan kedudukan tunggal (=205) berbanding kedudukan berjulat (281 – 290) pada tahun sebelumnya.

          Naib Canselor, Prof Datuk Dr Md Amin Md Taff berkata UPSI membuktikan penjenamaan di rantau Asia, apabila buat julung kalinya menduduki tangga berkenaan dalam QS The World University Ranking peringkat Asia bagi tahun 2022.

          Beliau melahirkan rasa bangga dan bersyukur  berikutan kali keempat melakar kejayaan yang membanggakan seluruh warga UPSI yang bekerja keras demi memasyhurkan nama UPSI di persada antarabanga.

          “Kejayaan keempat bagi tahun 2021 ini adalah pengiktirafan kepada UPSI sebagai sebuah universiti berteraskan pendidikan  yang berusia 100 tahun dan pencapaian UPSI semakin menyerlah,” katanya.

          Menurut beliau  kejayaan itu adalah hadiah sempena sambutan 100 tahun pada tahun depan dan  berterima kasih kepada seluruh warga universiti yang berkorban tenaga dan  hasil pengorbanan, usaha dan kerjasama dalam keluarga UPSI demi mengharumkan nama universiti,” katanya.

Prof Datuk Dr Md Amin (dua dari kanan) plak pencapaian UPSI itu bersama  Ts. Dr Muhammad Noorazlan diiringi Pendaftar, Helmi Zaifura Abdul Rahman (kanan) dan Bendahari, Mohamad Najib Mohamed di Bangunan Canselori, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah.

          Sementara itu Timbalan Pengarah Bahagian Perancangan Korporat, Ts. Dr Muhammad Noorazlan Abd Azis, berkata Quacquarelli Symonds (QS) World University Ranking yang berpangkalan di United Kingdom merupakan satu agensi penarafan bagi menilai ekosistem kesarjanaan kampus di rantau Asia dan dunia.

          Beliau berkata penanda aras utama dalam penarafan tersebut mengambil kira enam  indikator seperti reputasi akademik dan majikan, nisbah pelajar/fakulti, sitasi bagi fakulti, nisbah fakulti antarabangsa dan nisbah pelajar antarabangsa.

          UPSI, katanya, menunjukkan lonjakan peningkatan bermula dari tahun 2019 yang mencatatkan kedudukan 401-450 di Asia kepada kedudukan 205 bagi tahun 2022.

          Pencapaian UPSI dalam QS Asia University Ranking 2022 adalah pencapaian terbaik sejak UPSI menyertai penarafan tersebut hasil  daripada pelaksanaan pelan strategik UPSI 2021-2025 yang merangkumi pelbagai aspek akademik, penyelidikan, kewangan dan pentadbiran.

          “Kerjasama ahli akademik, pentadbir dan pelajar UPSI telah membuahkan hasil yang amat membanggakan dan diharapkan UPSI mampu memacu agenda pendidikan negara dan menjadi peneraju utama kepada produk keguruan di Malaysia dan antarabangsa,” katanya.

By Mohd Nazirul Afiq Ismail

Unit Media, Penerbitan & Grafik Korporat, Bahagian Komunikasi Korporat UPSI. Bekas wartawan majalah Utusan Karya SB dan akhbar Utusan Melayu (M) Berhad. Jom menulis untuk e-Pena!

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial
error

Enjoy this blog? Please spread the word :)