oleh: ERNI NORSYAHIRA BINTI ABU HANIPAH (UKLK)

Tanjong Malim 17 Oktober 2021  Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menerusi Unit Kediaman Luar Kampus (UKLK) baru-baru ini telah menganjurkan program Bengkel Penulisan e-Book di bawah anjuran Exco Akademik dan Pembangunan Mahasiswa. Program ini telah berlangsung pada 17 Oktober 2021 bersamaan dengan hari Ahad secara atas talian melalui platform Google Meet dan siaran langsung di laman Facebook UKLK. Program ini menampilkan penceramah yang merupakan salah seorang pensyarah Pusat Bahasa dan Pengajian Umum di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) iaitu Dr. Ariza binti Abdullah. Beliau mempunyai kelayakan sebagai Doktor Falsafah (Ph.D) dari Universiti Putra Malaysia dan mempunyai pengalaman dalam penerbitan beberapa buku dari tahun 2008 sehingga tahun 2019.

Prof Madya Rosmilah Misnan

          Menurut Prof. Madya Dr Rosmilah Misnan, Pengarah Pejabat Karang Mengarang UPSI, selaku perasmi program berkata penganjuran program sebegini dapat meningkatkan kemahiran dan bakat penulisan mahasiswa. “Program sebegini boleh menjadi nilai tambah kepada mahasiswa dalam aspek kemahiran penulisan dan seterusnya boleh  melahirkan lebih ramai penulis dari kalangan mahasiswa UPSI” jelasnya semasa merasmikan Bengkel Penulisan e-Book menerusi siaran langsung di aplikasi Google Meet dan laman Facebook UKLK.

           Turut hadir, tetamu kehormat iaitu Prof. Madya. Ts. Dr. Che Ghani Bin Che Kob Pengetua UKLK UPSI dan Penasihat Exco Akademik dan Pembangunan Mahasiswa Unit Kediaman Luar Kampus iaitu Cik Anis Fatiha binti Ahmad Sahimi @ Shuhaimi dan En Mohammad Syafiq bin Mohamad Rasidi.

          Bengkel penulisan e-book initerbuka kepada seluruh mahasiswa di UPSI dan mendapat sambutan yang memberangsangkan dari semua pihak. Program ini berlangsung selama lima jam dan terbahagi kepada 2 slot. Sepanjang program ini berlangsung juga, penglibatan peserta di dalam platform Google Meet dan laman Facebook UKLKtelah mencapai sehingga 466 pelajar. Sepanjang bengkel ini berlansgung, Peserta didedahkan kepada 4 perkara utama iaitu mengenai medim penulisan e-book, cara menjana idea,platform penerbitan e-book dan cara memohon EISBN. Sesi praktikal dan soal jawab juga dijalankan supaya dapat memantapkan kemahiran dan pengetahuan mahasiwa mengenai penulisan e-book.

Dr Ariza Abdullah

          Dr Ariza Abdullah turut berkongsi cara untuk menjana pendapatan kepada mahasiswa melalui penulisan e-book. Beliau memberi tunjuk ajar tentang cara  penjualan buku secara dalam talian yang boleh menjadi punca pendapatan sampingan kepada mahasiswa UPSI. Penerangan yang jelas dan menarik dari beliau telah mendapat maklum balas yang sangat positif dari peserta. Peserta menyatakan bahawa program bengkel penulisan e-book ini memberi banyak manfaat dan berharap agar bengkel penulisan e-book 2.0 akan dianjurkan kelak.

          Saudari Noor Aniza binti Sidek selaku pengarah program menyatakan harapan beliau agar program ini memberi manfaat kepada mahasiswa dalam jangka masa yang panjang. “Program ini akan memberi impak positif terhadap kemahiran dan potensi diri mahasiswa untuk melibatkan diri dalam bidang penulisan seterusnya dapat menjadi satu medium persediaan kepada mahasiswa dalam menempuh alam kerjaya” tambahnya lagi.

          Ringkasan daripada yang telah dinyatakan, Bengkel Penulisan e-Book ini sememangnya merupakan platform yang bagus untuk menarik minat mahasiswa/i untuk melibatkan diri dalam bidang penulisan secara atas talian. Hasil perkongsian daripada penceramah yang cukup berpengalaman tersebut sedikit sebanyak dapat membuka minda mahasiswa/i untuk menceburi bidang penulisan dan dapat dijadikan sebagai salah satu peluang kerjaya yang baharu.

By Mohd Nazirul Afiq Ismail

Unit Media, Penerbitan & Grafik Korporat, Bahagian Komunikasi Korporat UPSI. Bekas wartawan majalah Utusan Karya SB dan akhbar Utusan Melayu (M) Berhad. Jom menulis untuk e-Pena!

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial
error

Enjoy this blog? Please spread the word :)