Oleh: Norshafikah binti Md Norisan (UKLK)

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) melalui Unit Kediaman Luar Kampus (UKLK) telah menganjurkan program “Bicara Kesejahteraan Muallim” secara dalam talian. Program ini bukan sahaja merujuk kepada penduduk komuniti setempat di Muallim tetapi ianya juga kepada mahasiswa Tanjung Malim, Perak.

          Menurut perasmi program, Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) UPSI, Prof. Dr. Marzita binti Puteh berkata program seperti ini harus diteruskan lagi untuk membantu dan mendidik diri mengenai keselamatan dan komuniti yang berada di sekeliling. Beliau menyeru untuk sentiasa peka terhadap keselamatan dan kesejahteraan masyarakat sekeliling. Hal ini kerana bahaya sentiasa berada di mana-mana sahaja tanpa mengira masa dan tempat.

Dr Maskinah Yahya

          Program ini telah melibatkan beberapa agensi kakitangan kerajaan merangkap barisan hadapan yang terdiri daripada pihak polis, bomba, dan juga doktor. Panel yang pertama iaitu Dr Normaskinah Yahya selaku doktor Klinik Kesihatan Tg Malim. Panel yang seterusnya ialah PPgB Mohd Zairul Fahmi Mohd Nazari selaku Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tanjong Malim dan panel yang terakhir adalah Koperal Noor Hartini Ismail selaku wakil PDRM Tg Malim.

          Antara isu yang hangat diutarakan adalah mengenai aspek kesihatan diri yang dibincangkan bersama Dr Normaskinah Yahya. Beliau berkata “ pada 14/11/2019 Malaysia negara tergemuk paling tinggi di Asia. Ini amatlah merbahaya untuk kita semua”. Hal ini, telah menunjukkan bahawa rakyat Malaysia mempunyai rekod penyakit obesiti paling banyak dan beliau turut berkongsikan cara-cara pemakanan yang sihat. Beralih kepada isu keselamatan terutamanya dalam menangani haiwan berbisa dan kebakaran dengan adanya PPgB Mohd Zairul Fahmi maka banyak cara yang boleh dilakukan bagi menghindari sebarang kemalangan berlaku. Tidak kurang juga dengan Koperal Noor Hartini yang turut memberikan tips bagi mengelakkan daripada menjadi mangsa pecah rumah dan beliau turut memperkenalkan aplikasi VSP bagi kesejahteraan bersama.

Tuan Zairul Fahmi
Koperal Hartini

            Program Bicara Kesejahteraan Muallim ini bukan sahaja untuk mahasiswa UPSI namun ianya turut terbuka kepada seluruh masyarakat bumi Muallim yang tercinta. Sepanjang program ini berlangsung, sambutan daripada mahasiswa dapat dilihat apabila mendapat tontonan secara langsung di Facebook rasmi UKLK seramai 916 tontonan dan telah dikongsi, komen dan sukai oleh 1405 pengguna Facebook.

By Mohd Nazirul Afiq Ismail

Unit Media, Penerbitan & Grafik Korporat, Bahagian Komunikasi Korporat UPSI. Bekas wartawan majalah Utusan Karya SB dan akhbar Utusan Melayu (M) Berhad. Jom menulis untuk e-Pena!

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial
error

Enjoy this blog? Please spread the word :)