Oleh : Siti Amira binti Abd Hamid (Pelajar Praktikal Universiti Pendidikan Sultan Idris)

Anxiety disorder atau dalam bahasa melayunya gangguan kebimbangan merupakan satu gangguan mental yang tidak boleh diambil mudah. Masih ramai yang menganggap penyakit mental ini berpunca disebabkan daripada kelemahan iman atau kurang amalan dalam didikan agama. Selain itu, ada sesetengah orang yang takut untuk berjumpa dengan pakar psikologi kerana beranggapan bahawa ‘orang gila’ sahaja yang perlukan rawatan.

ABDUL RAUF, 19, merupakan pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada dua tahun lepas dan juga pekerja di kilang di Johor Bahru. Beliau mengalami gangguan kembimbangan selepas pengumuman dari kerajaan tentang penutupan kilang akibat Covid-19 yang semakin meningkat di Johor Bahru.

Dek kerisauan melampau tentang masa depannya dan gajinya yang tidak dibayar sepanjang penutupan kilang. Beliau telah mengalami gangguan kembimbangan yang serius.

“Pada 9 Ogos 2021, tiba-tiba gejala berdebar-debar, tangan kebas, badan berpeluh, dan mulut kering datang. Pada mulanya saya sangkakan yang gejala tersebut cuma perkara biasa sahaja. Tetapi tiba-tiba badan saya rasa sangat lemah dan mengigil teruk sampai saya terpaksa dimasukkan ke dalam wad kecemasan,”.

“Jantung saya berdegup sangat laju seperti mahu putus nyawa. Saya ingatkan saya mengalami sakit jantung, tapi bila buat pemeriksaan saya normal sahaja,” katanya.

Oleh itu, doktor merujuk kesnya kepada pakar psikiatri dan mengesahkan beliau mempunyai gangguan kebimbangan yang melampau. Setelah itu, beliau membuat temu janji bersama kaunseling pada setiap bulan untuk mendapatkan terapi daripada pakar.

Gangguan kembimbangan ini tidak boleh dirawat sendiri. Jadi jika anda mengalami beberapa simpton berkaitan gangguan kebimbangan perlulah dirujuk kepada pakar psikiatri. Sokongan keluarga dan komuniti sekeliling sebenarnya memainkan peranan penting dalam usaha mencegah stigma tentang penyakit mental.

By epena

e-PENA, Gapura Media UPSI

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial
error

Enjoy this blog? Please spread the word :)