Oleh: Ahmad Janatul Firdaus Dzulkarnain

Dekan, Fakulti Sains dan Matematik, Profesor Madya Dr Haniza Hanim Mohd Zain dianugerahkan ‘Distinguished Woman In Science Award’ oleh Centre for Advanced Research and Design di bawah the Venus International Foundation berpusat di India.

Majlis penyampaian anugerah itu berlangsung pada 2 Mac 2019 di Chennai, India yang mengikhtiraf sumbangan dan pencapaian beliau dalam bidang Biologi selain menghargai pencapaian profesional wanita.

Naib Canselor UPSI, Profesor Dato’ Dr Mohd Shatar Sabran berkata, “Kejayaan, komitmen dan kerja keras Dr Haniza memberi teladan yang baik untuk warga UPSI mencipta kejayaan dan berharap perubahan positif ini berterusan seiring dengan hasrat UPSI menjadi Universiti Pendidikan No.1 di Malaysia dan di rantau ini dengan pengiktirafan global menjelang tahun 2020.

#cemerlangbersama #upsibest #UPSIMalaysia  #upsino1pendidikan #upsino1education #Malaysiamembaca UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS UNIVERSITI NO.1 PENDIDIKAN | NO.1 EDUCATION UNIVERSITY

 

By epena

e-PENA, Gapura Media UPSI

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial
error

Enjoy this blog? Please spread the word :)